Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 12, 2008

aloooo

sekadar nak share..ni post yg pernah ak tulis dalam blog friendster dlu..terkenang waktu2 dulu..uhhuhuh..nntikan cerita ak esok..

“insan”

terpanggil aku untuk menulis sebuah kisah,
kisah yang sudah dijangka jalan ceritanya,
cuma tidak pasti apa butirannya,
serta pendukung watak ceritanya,
yang memainkan watak utama…

kisah ini bermula apabila semuanya bisu tidak berbicara,
semua memendam apa yang dirasa,
semua buntu memikirkan idea,
untuk menyedarkan dan membangunkan minda,
seseorang yang hanya diberi jolokan…"insan"..

"insan" ini dahulunya disayangi dan disukai,
menjadi rebutan ramai hati,
hingga membuat kebanyakkan dari mereka berkecil hati,
atas layanan dan persaingan yang diberi,
kemudian mula menjauhkan diri,
dan akhirnya mereka menyendiri…

"insan" ini petah berbicara,
perangai dan telatahnya mampu memecahkan suasana,
hanya dengan gelak tawanya membuatkan ramai terdiam seribu kata,
dan tersenyum melihat aksi dan gelagatnya,
kerna mereka tau "insan" ini banyak tanggungjawabnya,
dan bila "insan" ini gembira antara maksudnya,
dia senang bersama kita hingga dapat melupakan sejenak masalahnya…

Namun…
masa mengubah segala-galanya,
"insan" yang disenangi berubah sekelip mata,
hingga mereka yang mengenali dirinya,
turut mengakui semuanya,
mengakui dia bukanlah dia,
mengakui mereka sudah tidak mengenali dirinya,
lantas mereka tertanya sesama mereka,
kemana semua suka dan duka,
yang pernah ditempoh bersama..?
kemana semua janji sahabat setia,
yang pernah diungkap diawal perkenalan kita…?
adakah ianya telah terkubur menjadi memoribilia?

adakah benar kata-kata mereka,
orang yang kita kenali hari ini,
tidak semestinya kita kenal esok lusa?
orang yang kita sayang hari ini,
tidak semestinya pada masa hadapan terus menyayangi kita…?
diri ini hanya mampu berdiam dan bertanya,
adakah ianya benar semuanya,
atau hanyalah kata-kata,
kata-kata dari orang yang kecewa…

bagi mereka yang masih mengganggapmu sebagai taulan,
menyeru sedarlah wahai "insan",
masih jauh titian perjalanan,
mungkin sekarang kau sedang lena dibuai mimpi,
mimpi yang indah ditemani bidadari,
atau mungkin kau yakin yang dirimu sudah utuh berdiri,
tidak perlu sokongan mahupun teguran peribadi,
kerna kau mampu lakukan semuanya sendiri,
dan masih yakin dirimu mampu mengharungi,
setiap cubaan dan dugaan tanpa perlu ditolongi,
oleh mereka yang kamu kenali..

jika itu apa yang tersemat di sanubari,
harapan tinggi di suatu hari,
janganlah pula bila kau sedari,
dari mimpi indah yang bertukar ngeri,
semuanya sudah di jauhari,
ketika itu tidak gunanya ditangisi,
air mata darah pun pasti tidak menghidupkan kembali,
perasaan mereka yang telah kau lukai,
ikatan persahabatan yang telah lama kau lupai…

fikir-fikirkanlah wahai "insan" yang disayangi,
jangan pula kau menyesal di lain hari,
kerna sekarang pun kita kurang berkomunikasi,
utusan pesanan pun jarang kau utus kembali,
hanya doa tidak putus-putus dipanjati,
agar kau sihat sejahtera dan sentiasa diberkati,
fikirkanlah dan bukakanlah hati nurani,
sebelum kita dipisahkan mati,
yang tiada siapa tahu bila kita akan dikunjungi,
kerana semua ketentuan illahi…

3 comments:

me3n said...

nantikan cerita ko esok tuh bila? tahun depan pulak?

sHafiq said...

ehehe..harini ar bro..tu ak dah post dah..:D

FFMS said...

smg masih ada sinar utk hr esok.
live to love life.