Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 13, 2008

cerita ak

fuh....berabOk dah blog ak ni..ehehe..sorry ar blog..bz ar..tak sempat nak mengarang..ok..arini ak nak citer pasal life ak skarnag..(permintaan dari panedol..ehehe)

genap 1 bulan yg lepas, jam 6.30am(tak pernah2 bangun awal camni sejak dapat pas parking kat Xy**** dlu..uhuhuh) ak menguatkan diri utk bangun..bangun dari alam maya..menuju ke toilet dan mandi...sbb..?1st day keja kat tempat baru..ehehe..yer..ak telah mengikut jejak langkah rakan2 ku yg lain, meninggalkan Xy**** ketika mereka telah melakukan adjustment utk menenangkan hati yg membara ni..(kalo dorang wat awal skit adjustment tu, mungkin leh stay lagi kot...ehehehe)..ak menerima tawaran bekerja di institusi perbankan sblum raya lagi, time tu rasa seronok gak ar sbb tak pernah fikir pun leh masuk bank..sbb dorang kata bank byk advantagessss..dorang kata la..

so genaplah sebulan ak bekerja di jalan tun razak ni..selama sebulan ni, banyak gak menda dan cabaran yg ak telah alami, menda2 yg ak suka nak wat, menda2 yg tak pernah ak fikir nak buat, menda2 yg ak terpaksa nak wat, dan menda2 yg ak tak brape suka nak wat..uhuhuh..

menda2 yg ak suka wat..
- ak suka travel, dari KJ ke stesen LRT, dari LRT ke KLCC, dari KLCC ke jalan tun razak..kalo dlu ak drive terus sampai ke umah atau tempat keja, tapi skarang ni, ak akan melihat kerenah2 orang, main hujan, kena tension tunggu bus dan leh lepak2 kat KLCC jap..eheheh..

menda2 yg tak pernah ak fikir nak wat...
- ni lebih kepada kerja, dlu...slalu kagum tgk TL ak guna vi, dia main scroll menda2, then cari sini, cari sana time troubleshoot..kira giler gak ar..awal keja aritu, ak kena blajar vi..so kira kena wat menda2 tu gak ar..tapi bezanya, ak still tak master cam TL ak..uhuhuh..
- satu lagi, ak kena blajar informix, dlu dgr jan dgn jai citer pasal informix, tapi last2 ak kena wat, agak giler gak ar sbb susah gak ar nak faham coding dia, tapi nasib ar pernah wat PL/SQL..sbb coding dia lebih kurang gak..tapi cam lagi pening je..ehehehe

menda2 yg ak terpaksa wat..
- ak terpaksa wat report...ahahaha..kalo dlu tgk faizal wat report oracle tu cam best je, ni ak kena wat report guna vi editor tu, then kedudukan dia kena kira satu per satu..1st time wat, ak terkejut gak ar sbb kena wat camtu, last2 ak terpaksa besarkan font kat command prompt tu utk tujuan mengira..ehehehe

menda2 yg ak tak brape suka nak wat..
- kena cari kawan, kena start balik dari awal.. " hi, siapa nama, boleh kenal atau pun tidak..duduk kat mana, dgn siapa..ada handphone,apa no nya..boleh kah kita bersama...."...tetiba ingat lagu adam..ahahahahaha

so far enviroment ok la, cuma sbb takde geng lagi, so ak agak sunyi gak ar, terkenang kan dak2 kat tmpt keja lama..tapi tu menjadi semangat utk ak terus mara ke hadapan...kalo agak2 nak jmpe dak2 tu, msg..set time and date then jmpe...pastu leh ar lepak2 cam the good old dayz..eheheh..cuma yg tak bestnya bile kengkawan yg susah nak jmpe tu ar..aish..tu la cerita ak utk enrty kali ni..ehehe..chow..

Wednesday, November 12, 2008

aloooo

sekadar nak share..ni post yg pernah ak tulis dalam blog friendster dlu..terkenang waktu2 dulu..uhhuhuh..nntikan cerita ak esok..

“insan”

terpanggil aku untuk menulis sebuah kisah,
kisah yang sudah dijangka jalan ceritanya,
cuma tidak pasti apa butirannya,
serta pendukung watak ceritanya,
yang memainkan watak utama…

kisah ini bermula apabila semuanya bisu tidak berbicara,
semua memendam apa yang dirasa,
semua buntu memikirkan idea,
untuk menyedarkan dan membangunkan minda,
seseorang yang hanya diberi jolokan…"insan"..

"insan" ini dahulunya disayangi dan disukai,
menjadi rebutan ramai hati,
hingga membuat kebanyakkan dari mereka berkecil hati,
atas layanan dan persaingan yang diberi,
kemudian mula menjauhkan diri,
dan akhirnya mereka menyendiri…

"insan" ini petah berbicara,
perangai dan telatahnya mampu memecahkan suasana,
hanya dengan gelak tawanya membuatkan ramai terdiam seribu kata,
dan tersenyum melihat aksi dan gelagatnya,
kerna mereka tau "insan" ini banyak tanggungjawabnya,
dan bila "insan" ini gembira antara maksudnya,
dia senang bersama kita hingga dapat melupakan sejenak masalahnya…

Namun…
masa mengubah segala-galanya,
"insan" yang disenangi berubah sekelip mata,
hingga mereka yang mengenali dirinya,
turut mengakui semuanya,
mengakui dia bukanlah dia,
mengakui mereka sudah tidak mengenali dirinya,
lantas mereka tertanya sesama mereka,
kemana semua suka dan duka,
yang pernah ditempoh bersama..?
kemana semua janji sahabat setia,
yang pernah diungkap diawal perkenalan kita…?
adakah ianya telah terkubur menjadi memoribilia?

adakah benar kata-kata mereka,
orang yang kita kenali hari ini,
tidak semestinya kita kenal esok lusa?
orang yang kita sayang hari ini,
tidak semestinya pada masa hadapan terus menyayangi kita…?
diri ini hanya mampu berdiam dan bertanya,
adakah ianya benar semuanya,
atau hanyalah kata-kata,
kata-kata dari orang yang kecewa…

bagi mereka yang masih mengganggapmu sebagai taulan,
menyeru sedarlah wahai "insan",
masih jauh titian perjalanan,
mungkin sekarang kau sedang lena dibuai mimpi,
mimpi yang indah ditemani bidadari,
atau mungkin kau yakin yang dirimu sudah utuh berdiri,
tidak perlu sokongan mahupun teguran peribadi,
kerna kau mampu lakukan semuanya sendiri,
dan masih yakin dirimu mampu mengharungi,
setiap cubaan dan dugaan tanpa perlu ditolongi,
oleh mereka yang kamu kenali..

jika itu apa yang tersemat di sanubari,
harapan tinggi di suatu hari,
janganlah pula bila kau sedari,
dari mimpi indah yang bertukar ngeri,
semuanya sudah di jauhari,
ketika itu tidak gunanya ditangisi,
air mata darah pun pasti tidak menghidupkan kembali,
perasaan mereka yang telah kau lukai,
ikatan persahabatan yang telah lama kau lupai…

fikir-fikirkanlah wahai "insan" yang disayangi,
jangan pula kau menyesal di lain hari,
kerna sekarang pun kita kurang berkomunikasi,
utusan pesanan pun jarang kau utus kembali,
hanya doa tidak putus-putus dipanjati,
agar kau sihat sejahtera dan sentiasa diberkati,
fikirkanlah dan bukakanlah hati nurani,
sebelum kita dipisahkan mati,
yang tiada siapa tahu bila kita akan dikunjungi,
kerana semua ketentuan illahi…