Friday, February 29, 2008

syukur

girang hati ini
tatkala berjmpe penghulu hari
gundah gulana serta resah di kalbu
seakan-akan tiada terasa
ditambah pula bilangan angka
yg bertambah dalam kotak simpanan
tersenyum seketika mengenangkan
liku-liku perjalanan sepanjang bulan
berjaya ditempuh dengan tabah
ak bersyukur ke hadrat ilahi
kerna masih diberi kudrat
utk menempuh ujian-Nya
dengan hati yang rela

haRi yg beSt

:)..mulakan hari dengan senyuman..hari ni nak wat keja giler..aahahah..ptg ni plan baik punya..ada geng nak wat jahat..uhuhuh..marilah bersama menuju puncak.....

Thursday, February 28, 2008

warkah of the day

kutahan jua amarah itu
utk tidak tertewas jua
namun apakan daya
ak hanyalah insan biasa
seperti lain yang punyai kemahuan
namun bagiku itu bukanlah satu dosa
mungkin hanya satu kesilapan
yang hanya sebutir zarah
dan bukanlah sebesar mana

=================================

atas kesungguhan dan kecekalan
dan atas arahan yang telah terima
ak menjalankan tugasku sebaik mungkin
kerna ak tau
jika tiada ak
maka smua perkara pasti tidak boleh dilaksanakan dengan baik
nanum
jauh disatu sudut
ak diam seketika
berfikir
kenapakah kedudukanku disitu
hinakah ak
tetapi
ak cuba memulihkan fikiran
dari kelodak menjadi jernih semula
kerna ak tau
setiap kita mempunyai fungsi yang berbeda
dan bukan kedudukan menjadi kayu ukuran
tetapi usaha dan hasil terakhirnya
yang membezakan kita
antara yang baik dan hina

--dia--

kadang kala isi hatimu sukar diramal
kadang kala sangkaanku padamu meleset belaka
kadang kala apa yg tersurat tiada sama dengan yg tersirat
ak masih mencari jawapan
jawapan yang tidak tahu bilakah mungkin aku ketemu
jawapan yang tidak tahu bolehkan diterima akal fikiran
jawapan yang tidak tahu mungkinkah ak boleh mengalah
dan ketika detik dan saat ini
ak hanya memendam rasa
rasa yang hanya ak yang tahu
selain diri-Nya
bukan niat untuk menyimpan mahupun menyembunyikannya
tapi bagiku belum tiba masanya
untuk menyuratkan apa yg tersirat
menwar-warkan pada segenap alam
tentang perasaan ini..
biarkanlah saja ianya tersembunyi
disebalik kaca mata mereka yang melihat